Ejaan Republik

Ejaan Republik ialah ejaan bahasa Indonesia yang diamalkan sejak 17 Mac 1947. Dipanggil juga sebagai Ejaan Soewandi, sempena nama Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia ketika itu, Ejaan Republik menggantikan ejaan Ejaan van Ophuijsen yang digunakan sejak tahun 1901. Pada 16 Ogos 1972, Ejaan Republik digantikan pula dengan Ejaan Yang Disempurnakan (EYD), berdasarkan Keputusan Presiden No. 57 Tahun 1972.